DAP sengaja tidak serah dokumen
Oleh KASTHURI JEEVENDRAN
KUALA LUMPUR, AHAD, 03 Februari, 2013: DAP tidak mahu mengemukakan penyata kewangan dan keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) walaupun telah diberi arahan untuk berbuat demikian dalam tempoh 60 hari kerana bimbang akan disiasat secara menyeluruh.
Seorang pemimpin kanan DAP Selangor yang enggan namanya disiarkan mendakwa, parti tersebut agak gusar dengan campur tangan ROS yang berkemungkinan besar akan menemui bukti terdapatnya unsur-unsur manipulasi dalam pemilihan CEC baru-baru ini.
"Ini adalah sebab utama mengapa DAP sengaja mahu melengah-lengahkan usaha ROS untuk menyiasat kejadian silap kira undi, DAP memang sengaja tidak mahu menyerahkan sebarang dokumen kepada ROS.
"DAP juga sedia maklum andainya mereka ingkar arahan ROS, mungkin ROS mempunyai kuasa menggantung parti tersebut untuk tempoh tertentu. Setiausaha Agung, Lim Guan Eng seolah-olah tidak kisah dengan perkara ini walaupun telah diasak oleh beberapa pemimpin dan ahli DAP untuk segera menyerahkan dokumen berkaitan kepada ROS," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment