My Add

Saturday 2 February 2013

Jangan biar tanah diagih pihak luar

BACHOK, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Rakyat Kelantan yang bercadang mengundi calon Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak secara tidak langsung menyokong dan menghalalkan lebih banyak lagi tanah di negeri ini terutama di hulu Kelantan diagihkan kepada orang luar.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, pembahagian tanah kira-kira 4,000 hektar di Gua Musang sebelum ini kepada pemimpin DAP Perak sepatutnya menjadi pengajaran kepada rakyat Kelantan.

Beliau berkata, perkara sama akan terus berulang termasuk pajakan tanah selama 99 tahun kepada bukan pemastautin yang kononnya bagi projek ladang rakyat sekiranya Pas terus disokong oleh rakyat.

"Jika mahu menghentikannya rakyat tidak perlu lagi mengundi calon Pas yang bertanggungjawab ke atas pemberian harta rakyat kepada pihak tidak sepatutnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam majlis sambutan Tahun Baru Cina Kedai Jelawat, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment