My Add

Saturday 23 February 2013

Jangan hina rakyat yang terima BR1M - PM


 *NAJIB Tun Razak tergelak besar ketika seorang peniaga berkata sesuatu kepada beliau sambil menunjukkan keropok lekor semasa program Walk About di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN

KUALA TERENGGANU, SABTU, 23 Februari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pembangkang agar tidak menghina rakyat yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada kerajaan jika mereka sendiri tidak mahu melaksanakan janji yang dibuat semasa pilihan raya.

Beliau berkata, kerajaan hanya melaksanakan amanah dan tanggungjawab mengikut landasan yang disuruh agama.

"Kalau mereka tidak buat tidak apa tetapi jangan hina rakyat. Menjadi amanah kita bantu rakyat yang miskin," katanya berucap dalam Program Janji Ditepati Peringkat Terengganu di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment