Himpunan bantah The Roots Datum Jelatek
KUALA LUMPUR, SABTU, 23 Februari, 2013: Lebih 1,000 penduduk dan 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berhimpun membantah pembinaan projek pangsapuri ikonik berskala besar, The Roots Datum Jelatek di Kampung Dato' Keramat di sini.
Pengerusi Badan Bertindak Projek Datum Jelatek 1.0, Salleh Samad berkata, pembinaan projek itu bukan sahaja bertentangan dengan matlamat asal yang dijanjikan kerajaan negeri, bahkan menafikan hak penduduk untuk memiliki kembali hartanah di kawasan itu.
Justeru katanya, Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diberi masa seminggu untuk memberi penjelasan sekali gus membatalkan projek itu.
"Penduduk akan berjuang habis-habisan untuk menghentikan projek ini dan sekiranya kerajaan negeri Selangor gagal untuk beri penjelasan dalam tempoh itu, kami tidak teragak-agak untuk melakukan perhimpunan aman," katanya ketika ditemui di sini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment