My Add

Friday 15 February 2013

Jangan lakukan perubahan melalui kekerasan - Muhyiddin

MUAR, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak mengikut masyarakat di sesetengah negara Islam di Timur Tengah yang mahu membuat perubahan melalui kekerasan sehingga mengorbankan banyak nyawa.

Sebaliknya, mereka perlu bersyukur dengan kemakmuran yang dikecapi negara pada masa ini sehingga Malaysia mampu menjadi sebuah negara Islam yang maju dalam pelbagai bidang dan ingin dicontohi negara Islam lain.

"Umat Islam di Malaysia harus bersyukur kerana mereka hidup dalam sebuah negara yang aman, makmur dan berjaya membangun sebagai contoh yang ingin dicontohi oleh negara-negara Islam lain," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Maulidur Rasul UMNO Bahagian Pagoh di Masjid Jamek Kampung Jorak, Bukit Pasir di sini malam tadi.

Katanya, paling membanggakan negara berjaya memupuk ukhwah bukan sahaja antara sesama Islam tetapi antara masyarakat Islam dengan bukan Islam sehingga ia menjadi satu model sebuah negara Islam yang baik.

"Kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain sehingga kita berjaya mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu tanpa mengira agama," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dengan perdamaian dan perpaduan itulah akan dapat digunakan untuk membangunkan umat Islam dalam bidang iktisad, sahsiah, pendidikan dan budaya.

"Kita nak melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang yang bukan hanya dalam hubungan antara sesama sendiri tetapi maju dalam bidang pembangunan minda, pendidikan, iktisad dan lain-lain," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment