My Add

Monday, 4 February 2013

Jangan terpengaruh 'fatwa' Nik Aziz

MACHANG, AHAD, 03 Februari, 2013: Rakyat diminta tidak terpengaruh dengan 'fatwa' yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang jelas mengelirukan dan menyimpang daripada ajaran Islam.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga tidak pernah konsisten dengan kenyataan yang dibuatnya sejak dahulu sehingga sekarang.

''Ketika menang bertanding dalam pilihan raya dulu, beliau mengharamkan wanita menyertai tilawah al-Quran sebab suara adalah aurat, hukum itu katanya dibuat berlandaskan al-Quran tetapi sekarang dia pakai hadis mana pula wanita boleh sertai tilawah al-Quran,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah 2.0 Premier BN, Siapa Pelopor Fatwa 'Kluk-Klek' di Kampung Padang Selising, di sini malam tadi. = UTUSAN

No comments:

Post a Comment