My Add

Sunday 3 February 2013

Janji Pilihan Raya 2008 pembangkang kini jadi hempedu - Zahid Hamidi

 *DR Zahid Hamidi bersama Md. Othman Yusof (dua dari kiri) dan Mesnor Bujang (kanan) menyanyikan lagi Gagasan 1Malaysia pada pelancaran 1,000 skuad bermotor sempena penutupan Jelajah Di Ambang PRU-13 di Pontian, Johor, kelmarin.

PONTIAN, SABTU, 02 Februari, 2013: Rakyat diminta tidak lagi tertipu dengan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana janji yang ditabur pada pilihan raya lalu, kini ibarat hempedu akibat gagal ditunaikan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kejayaan Barisan Nasional (BN) boleh dilihat sendiri oleh rakyat dan merupakan hakikat dan fakta berbanding janji pembangkang yang tidak berpegang pada kenyataan sebenar dan hanya memesongkan fikiran rakyat.

"Sewajarnya rakyat mula sedar muslihat serta tipu daya pembangkang sepanjang empat tahun yang menyebabkan rakyat menderita seperti isu air di Selangor, isu perumahan di Pulau Pinang dan isu tanah di Kelantan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment