My Add

Wednesday 20 February 2013

Kakitangan Kuin serah memorandum bantahan kepada MB

ALOR SETAR, SELASA, 19 Februari, 2013: Kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang sedang berjuang mendapatkan semula hak dan kebajikan mereka hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan meminta beliau agar lebih profesional dalam menangani kemelut kolej universiti itu.

Sekumpulan 20 kakitangan mewakili kira-kira 400 rakan mereka daripada pelbagai jawatan dan pangkat di kolej universiti berkenaan berhimpun di luar pekarangan Wisma Darul Aman di sini sejak pukul 11 pagi bagi tujuan itu sebelum berarak ke pintu masuk utama bangunan yang turut menempatkan Pejabat Menteri Besar.

Mereka bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki bangunan tersebut dan hanya menemui wakil Menteri Besar di hadapan pintu utama kerana Azizan dikatakan berada di Kuala Lumpur. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment