My Add

Wednesday 6 February 2013

Kalimah Allah: Ahli Pas Pahang pula bantah Guan Eng

 *SEBAHAGIAN penyokong akar umbi Pas Pahang memijak gambar Lim Guan Eng semasa membuat bantahan terhadap Setiausaha Agung DAP itu berhubung kalimah Allah, di perkarangan Masjid As-Syakirin, di Maran, Pahang hari ini.

MARAN, RABU, 06 Februari, 2013: Bantahan penyokong akar umbi Pas terhadap kebiadaban Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah terus memuncak.

Selepas siri bantahan di beberapa negeri sebelum ini, hari ini, sekumpulan penyokong akar umbi Pas dari beberapa kawasan di Pahang pula berhimpun menyatakan bantahan yang sama.

Mereka yang berhimpun di pekarangan Masjid As-Syakirin di sini selepas solat asar mendakwa mendapat keizinan daripada pucuk pimpinan parti untuk berbuat demikian.

Diketuai ahli Pas Kawasan Jerantut, Mohd. Rolbani Ibrahim, 30, kumpulan penyokong itu turut menyelar keceluparan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan keputusan Majlis Syura Pas berhubung isu berkenaan.

Dalam perhimpunan selama kira-kira 20 minit itu, kumpulan penyokong akar umbi Pas itu turut membawa pelbagai sepanduk menyelar tindak-tanduk pemimpin DAP.

Selain itu, beberapa peserta turut membakar sepanduk gambar pemimpin DAP sebagai menyuarakan kemarahan mereka ke atas rakan sekutu Pas tersebut. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment