My Add

Wednesday 6 February 2013

Kerjasama rapuh pakatan di Kedah - Mukhriz

KUALA LUMPUR, RABU, 06 Februari, 2012: Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganjurkan majlis sambutan Tahun Baharu Cina yang memaparkan penghibur wanita berpakaian seksi di Taman Sago, Kulim, baru-baru ini merupakan bukti kerapuhan dasar dan kerjasama antara parti-parti pakatan di negeri Kedah.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, majlis anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim dari PKR, Lim Soo Nee itu jelas sekali menggambarkan pendirian yang berbeza antara PKR dengan garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri Pas Kedah.

"Saya dimaklumkan bahawa di kalangan pemimpin DAP juga tidak senang hati dengan tarian seksi dalam majlis itu, saya rasa perkara yang penting adalah kita kena hormati undang-undang sedia ada.

"Kita juga kena jaga sensiviti, ini apa yang Barisan Nasional (BN) berjaya lakukan menerusi 13 parti komponen, mereka (pakatan pembangkang) baru tiga parti pun sudah bermasalah, sukar untuk percaya mereka sepakat dalam perkara lebih penting," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persatuan Keusahawanan Pelajar (SEA) Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment