My Add

Monday 4 February 2013

Kanak-kanak jadi pengedar

Oleh ANGELINA SINYANG

KUALA LUMPUR, AHAD, 03 Februari, 2013: Jika sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi oleh warga Nigeria memilih wanita untuk dijadikan ‘keldai dadah’, keadaan berbeza berlaku di Kelantan apabila kumpulan sindiket dadah tempatan menggunakan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun sebagai kurier mengedar bahan larangan itu.

Taktik mengedar dadah menggunakan kanak-kanak yang masih belajar di sekolah rendah semakin popular di negeri itu kerana sukar bagi pihak polis mengambil tindakan terhadap mereka apabila ditangkap.

Timbalan Pengarah III (Perlucuthakan Harta/Tahanan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Jamaludin Kudin berkata, masalah pengedaran dadah di negeri berjiran dengan Thailand itu serius bukan sahaja kerana jumlah penagih yang tinggi tetapi turut melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti pengedaran. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment