My Add

Monday, 4 February 2013

Dua penjenayah ditembak mati

KOTA BHARU, AHAD, 03 Februari, 2013: Polis melumpuhkan satu kumpulan samun bersenjata api selepas menembak mati dua anggota penjenayah itu dalam kejadian berbalas tembakan selepas menculik seorang kerani bank yang membawa wang tunai berjumlah RM50,000 di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai di sini hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, bagaimanapun dua lagi anggota kumpulan berkenaan berjaya meloloskan diri ke kawasan hutan berhampiran dan pihaknya kini memburu dua suspek tersebut yang dipercayai melarikan diri ke arah Gua Musang.

Menurutnya, kejadian itu berlaku antara pukul 12 tengah hari hingga pukul 1 petang ketika kerani lelaki berkenaan yang berusia 23 tahun keluar dari sebuah bank di bandar Kuala Krai bersama wang tunai berjumlah RM50,000. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment