My Add

Saturday 2 February 2013

Karpal kecewa kenyataan Hadi berhubung isu kalimah Allah

GEORGETOWN, SABTU, 02 Februari, 2013: Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata, adalah salah untuk menyatakan keputusan Majlis Syura Ulama Pas berhubung isu kalimah Allah diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.

"Dalam hal ini, beliau kecewa dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang," katanya di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar yang memetik Abdul Hadi
sebagai berkata larangan ke atas orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah
dalam Bible berbahasa Melayu sudah selesai dan bahawa pimpinan atasan DAP jugamenerima penjelasan berhubung perkara itu yang dibuat Mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika satu pertemuan ringkas dengannya di Pulau Pinang Isnin lalu.

Beliau menegaskan, tiada sebarang perkara dibincangkan berhubung isu itu apabila beliau bertemu Nik Abdul Aziz pada pertemuan tidak rasmi itu.

Katanya, Majlis Syura Ulama PAS tidak sepatutnya berpegang teguh dengan
pendiriannya kerana ia bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang yangterdiri daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Karpal Singh berkata, DAP tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman PAS
sebaliknya berpegang kepada pendirian yang diambil pakatan pembangkang selepas Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Abdul Hadi dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR, bersetuju bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh orang bukan Islam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment