My Add

Tuesday 12 February 2013

Karpal tetap mahu Anwar jadi Perdana Menteri

GEORGETOWN, SELASA, 12 Februari, 2013: Pengerusi DAP, Karpal Singh sekali lagi menegaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau menyifatkan dakwaan kononnya Majlis Syura Ulama Pas menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan sebagai satu spekulasi.

"Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong Pas dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) kerana Anwar Ibrahim paling layak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment