My Add

Wednesday 13 February 2013

Kastam Pulau Pinang rampas dadah bernilai RM820,000

BUTTERWORTH, RABU, 13 Februari, 2013: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Pulau Pinang merampas dadah jenis syabu seberat 4.1 kilogram dengan anggaran nilai pasaran RM820,000 daripada seorang lelaki tempatan sejurus dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas, Isnin lalu.

Lelaki berusia 29 tahun yang menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu ditahan Pegawai Unit Khas Pemeriksaan (UKPP) pada jam 11.30 malam selepas pengimbasan dilakukan ke atas bagasinya.

Ketika ini, lelaki terbabit ditahan reman bagi membantu siasatan. - BH

No comments:

Post a Comment