My Add

Wednesday 13 February 2013

Nikmat keamanan perlu dipertahankan: Ismail Sabri

BERA, RABU, 13 Februari, 2013: Nikmat kemerdekaan dan keamanan yang dikecapi rakyat negara ini perlu dipertahankan kerana ia adalah hasil pengorbanan pemimpin terdahulu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata rakyat pelbagai kaum dan kepercayaan di negara ini sememangnya bertuah dapat menjalani kehidupan seharian dalam keadaan harmoni.

"Kemerdekaan yang kita capai adalah kerana perpaduan rakyat pelbagai kaum. Oleh itu saya ingatkan semua rakyat supaya menghargai keamanan yang kita kecapi ini dan jangan gadaikannya.

"Sebab perpaduan dan keamanan inilah kita dapat hidup dengan aman dan tenteram, malah orang ramai bebas menjalankan aktiviti harian mereka tanpa sebarang sekatan dan gangguan," katanya ketika berucap pada majlis makan malam sempena perayaan Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Kebajikan Kai Lan yang dihadiri lebih 1,000 penduduk pelbagai kaum di pekan Mengkarak, dekat sini, malam tadi.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera juga berkata, semangat perpaduan antara kaum di negara ini harus dipupuk dan diperkukuhkan lagi untuk kebaikan semua walaupun berbeza ideologi politik.

"Berlainan fahaman politik tidak bermakna kita perlu bermusuhan. Tujuan dan niat kerajaan hanya mahu mewujudkan jalinan mesra yang menyumbang kepada kebaikan semua rakyat agar dapat hidup dalam kemewahan dan kesejahteraan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment