My Add

Monday 25 February 2013

Kawalan di sempadan Malaysia-Thailand baik - Azizan Delim

JELI, ISNIN, 25 Febaruari, 2013: Pihak berkuasa Thailand meminta kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengetatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand dalam satu mesyuarat yang diadakan antara kedua-dua pihak minggu lalu.

Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Azizan Md. Delim berkata, ia adalah salah satu langkah membantu Thailand mengekang ancaman puak pemisah di selatan negara itu, selain mengawal aktiviti penyeludupan.

Beliau berkata, ATM menyambut baik perkara itu, bagaimanapun kawalan anggota keselamatan di sempadan negara ini sudah cukup terkawal justeru tiada apa-apa perubahan yang perlu dilakukan.

"Kita bersetuju untuk tingkatkan kawalan di kawasan sempadan melalui penambahan aktiviti termasuk menghantar bot dan anggota kita di kawasan
yang tidak boleh dimasuki bot pihak berkuasa lain.

"Bagaimanapun ini adalah operasi yang memang kita jalankan sepanjang
masa. Kawalan di sempadan negara juga cukup baik dan tiada keperluan
untuk menambah anggota atau apa-apa perubahan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Rejimen Sempadan Kem Batu 11 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment