My Add

Monday 25 February 2013

16,051 penuntut dikecualikan bayar PTPTN

Oleh ALI MAHMOOD
TEMERLOH, ISNIN, 25 Februari, 2013: Seramai 16,051 penuntut institut pengajian tinggi (IPT) mendapat biasiswa daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) apabila memperoleh ijazah kelas kelas pertama dalam pengajian yang diikuti mereka.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, kumpulan penuntut tersebut yang merupakan peminjam PTPTN dikecualikan daripada membayar balik dengan ditukarkan dalam bentuk biasiswa.

Katanya, sehingga 31 Januari lalu, agensi itu telah menukar pinjaman sebanyak RM450.47 juta kepada biasiswa bagi menghargai kesungguhan para penuntut terbabit sehingga mampu memperoleh ijazah kelas pertama.

"Mereka yang berjaya dan mendapat keputusan cemerlang itu perlu tampil membuat permohonan menukarkan pinjaman kepada biasiswa di mana-mana cawangan PTPTN dan tiada tempoh masa tertentu.

"Sebelum ini mereka tidak mendapat pengecualian tersebut tetapi kerajaan baru-baru ini bersetuju untuk mengecualikan mereka daripada membayar balik pinjaman apabila lulus cemerlang dengan memperoleh kelas pertama mengikut pengajian yang diikuti penuntut terbabit," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment