My Add

Thursday 7 February 2013

Kecoh penduduk cuba bertemu Guan Eng

PULAU PINANG, KHAMIS, 07 Feruari, 2013: Suasana di pusat pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini kecoh apabila berlaku pertelingkahan membabitkan sekumpulan penduduk dengan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh di pintu masuk kira-kira pukul 4 petang ini.

Kumpulan yang diketuai Mohd. Yaakob Mohd. Noor yang berdemonstrasi di tempat sama seperti minggu lalu itu mendesak untuk bertemu dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi meminta penjelasan tentang wang kutipan beg plastik yang diperkenalkan Kerajaan DAP Pulau Pinang sejak 2009.

Bagaimanapun, Guan Eng tidak muncul sebaliknya Boon Pooh mewakili beliau.

Perbincangan di antara kedua-dua pihak berlangsung di tingkat 53 dalam suasana tegang yang turut dihadiri pihak media. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment