My Add

Thursday 7 February 2013

Polis berkas empat ahli kongsi gelap

Oleh IFQDAR RAHMAN

JOHOR BAHRU, KHAMIS, 07 Februari, 2013: Polis menahan empat lelaki disyaki ahli kongsi gelap selepas menyerbu sebuah rumah di Lorong Satu Senai dekat sini pada Rabu lalu.

Dalam serbuan pukul 2.45 pagi itu, kesemua mereka yang berusia antara 29 hingga 44 tahun disyaki terlibat dalam satu kejadian peras ugut dan samun sebuah gerai di Jalan Belimbing, Senai sehari sebelumnya.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kumpulan penjenayah berkenaan dikatakan mengugut pengusaha gerai itu kerana tidak membayar wang perlindungan kepada mereka.

“Hasil serbuan polis kami merampas beberapa senjata dan peralatan seperti lima bilah pisau berhulu plastik, lima parang panjang, dua pisau bersarung tembaga, enam pedang pelbagai jenis, tiga pisau benet, satu pisau berhulu besi dan satu batang besi," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment