My Add

Friday 22 February 2013

Keluarga nafi kenyataan Duta Indonesia

KUANTAN, KHAMIS, 21 Februari, 2013: Keluarga Nina Suraya Sulaiman, 24, ibu kepada bayi lelaki berusia empat bulan yang didera pembantu rumah baru-baru ini, menafikan mereka mengambil amah berkenaan secara haram seperti didakwa Kedutaan Indonesia.

Kakak Nina Suraya, Erda Nengteena, 27, berkata, Duta Besar Indonesia, Herman Prayitno seharusnya menyiasat perkara itu sebelum membuat dakwaan yang boleh mencemarkan nama baik keluarga adiknya.

"Yuliana (pembantu rumah) diambil melalui ejen persendirian dan mempunyai pasport.

"Saya difahamkan Yuliana sampai di rumah adik saya Khamis lalu dan dia bercadang menguruskan permit kerja Yuliana pada hari berikutnya.

"Namun, hasrat membuat permit tidak kesampaian kerana Yuliana bertindak mendera anak adik saya sewaktu dia keluar bekerja," katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment