My Add

Thursday 7 February 2013

Kerajaan Selangor fail notis rayuan kes saman air percuma

SHAH ALAM, RABU,:06 Februari, 2013 Kerajaan Selangor sudah mengarahkan peguam untuk memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Isnin lalu yang menolak permohonannya untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air berhubung pemberian subsidi air percuma di negeri itu.

Perkara itu dinyatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Saman itu adalah berhubung kegagalan Abdul Khalid dan kerajaan Selangor melaksanakan pemberian subsidi air percuma seperti dijanji dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

Saman yang difailkan pada 11 September tahun lalu, adalah bagi menuntut ganti rugi hampir RM500,000 dan 711 pengguna itu menamakan Abdul Khalid, kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebagai defendan.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment