My Add

Thursday 7 February 2013

Speaker DUN Perak fail saman malu RM25 juta terhadap lima ADUN

IPOH, RABU, 06 Februari, 2013: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R Ganesan hari ini memfailkan saman malu RM25 juta terhadap lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerana memfitnahnya melalui penerbitan dan pengeluaran perkataan yang mengatakan terdapat VCD salah laku seks membabitkan beliau.

Lima ADUN berkenaan adalah V.Sivakumar (Tronoh), A.Subramaniam (Buntong), Datuk Ngeh Koo Ham (Sitiawan), Nga Kor Ming (Pantai Remis) dan Lim Pek Har (Menglembu).

Writ saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada jam 12 tengah hari oleh peguam yang mewakili Ganesan, Azad Bashir.

Ketika ditemui pemberita, Azad berkata, selain tuntutan ganti rugi khas berjumlah RM25 juta secara bersama-sama dan berasingan terhadap kesemua defendan, anak guamnya turut menuntut injunksi, faedah dan kos.

Ganesan yang turut hadir berkata, beliau mengambil tindakan undang-undang itu selepas tidak menerima maklum balas daripada kelima-lima wakil rakyat itu walaupun laporan polis sudah dibuat dan surat tuntutan dihantar kepada mereka.

Beliau berkata, peguamnya sudah mengeluarkan surat tuntutan itu pada 15 Januari lepas terhadap kesemua defendan untuk menarik balik perkataan berkenaan dan meminta maaf kepadanya dengan terma-terma tertentu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment