My Add

Thursday 14 February 2013

Kerajaan timbang beri sumbangan kepada balu tentera: Muhyiddin

MUAR, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Kerajaan menimbang untuk turut memberi sumbangan veteran tentera tidak berpencen 1Malaysia kepada balu tentera bagi menghargai sumbangan suami mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau akan mengusulkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet bagi membolehkan balu tentera tidak berpencen turut menerima sumbangan "one off" RM1,OOO.

"Secara peribadi saya sokong 100 peratus pemberian itu. Saya akan sebut dalam mesyuarat Kabinet nanti.

"Pada dasarnya, kita memang mahu menyumbang kepada balu tentera dan peruntukan pun sudah ada.

"Ia adalah untuk menghargai sumbangan suami mereka yang berjuang sehingga terkorban," katanya pada Majlis Penyampaian Bantuan "One Off" kepada Pesara Tentera Tidak Berpencen Bagi Negeri Johor di Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar, Bakri dekat sini, hari ini. - BH

No comments:

Post a Comment