My Add

Thursday 7 February 2013

Kerjasama banteras jenayah sempadan ditingkat


*TUGAS Dwi Apriyanto (dua dari kiri) memeriksa barisan kehormat sambil diiringi Acryl Sani Abdullah Sani semasa kunjungan muhibah di Ibu Pejabat Polis Kuching, Sarawak, semalam.

KUCHING, RABU, 06 Februari, 2013: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperkukuhkan kerjasama sedia ada dengan Polis Republik Indonesia (Polri) dalam usaha membanteras kes jenayah merentas sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat.

Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kerjasama sebegitu perlu diperluaskan bagi menjamin keselamatan rakyat di dua wilayah berkenaan.

"Memandangkan kita berjiran, sudah tentu banyak isu atau hal yang perlu dibincang dan diperhalusi bersama.

"Hasilnya nanti pula sudah pasti dapat dimanfaatkan rakyat di kedua-dua wilayah, terutama mereka yang sering berulang-alik merentasi sempadan," katanya. -  UTUSAN

No comments:

Post a Comment