My Add

Thursday 7 February 2013

Malaysia terajui pameran halal

Oleh azman ibrahim

 *ABDUL Ghafar Musa (dua dari kiri) memukul gong sebagai simbolik pelancaran Minggu Halal Dunia, Kuala Lumpur pada majlis sidang akhbar mengenainya di Kuala Lumpur, semalam, sambil disaksikan Dr. Wong Lai Sum (tengah), Jumaatun Azmi (kanan) dan Norhariti Abd. Jalil 

KUALA LUMPUR, RABU, 06 Februari, 2013: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyifatkan Malaysia sebagai negara yang mampu terus bertahan dan berjaya mengekalkan penganjuran pameran halal di peringkat dunia, berbanding negara-negara lain.

Malah, Malaysia telah menjadi peneraju dalam penganjuran pameran halal dunia yang telah memasuki tahun ke-10 pada waktu ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Wong Lai Sum berkata, negara-negara lain termasuk negara maju telah menganjurkan pameran halal, namun tidak bertahan lama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment