My Add

Saturday 16 February 2013

Kes liwat: Pendakwa mohon rayuan pada Julai

PUTRAJAYA, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Pihak pendakwaan memohon agar rayuan terhadap keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan (gambar) didengar oleh Mahkamah Rayuan pada Julai depan.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin memberitahu pemberita, tempoh beberapa bulan itu diperlukan bagi membolehkan kedua-dua pihak memuktamadkan pelbagai dokumen dalam nota prosiding yang masih belum lengkap.

Menurut beliau, mereka memerlukan masa untuk meneliti dan memeriksa satu persatu nota prosiding yang merupakan rakaman perbicaraan yang diterima dalam bentuk cakera padat (CD) daripada Mahkamah Tinggi.

Sementara itu, peguam Ram Karpal Singh yang hadir bagi pihak Ketua Pembangkang tersebut memberitahu, mereka perlu mendapat persetujuan daripada seorang lagi peguam iaitu Sankara Nair berhubung tarikh sesuai untuk rayuan. Peguam tersebut tidak hadir hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment