My Add

Wednesday 6 February 2013

Kes tarif air Selangor: Rayuan Syabas dibenar

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, RABU, 06 Februari, 2013: Kes saman Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) terhadap kerajaan negeri Selangor akan dibicarakan berdasarkan pernyataan tuntutan yang dipinda dengan memasukkan kadar alternatif pada pengiraan tarif air.

Oleh yang demikian, kes saman bagi menuntut kerajaan pimpinan pembangkang itu membayar pampasan RM1.05 bilion yang dihutangnya berikutan pelarasan tarif air, dijadualkan didengar di Mahkamah Tinggi pada 1 Julai depan.

Perkara itu dimuktamadkan berikutan keputusan sebulat suara panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif membenarkan rayuan syarikat bekalan air tersebut.

Kuorum itu mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 8 Oktober tahun lalu yang memutuskan kes saman itu dibicara berdasarkan pengiraan tarif mengikut formula asal iaitu RM1.89 per meter padu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment