My Add

Wednesday 6 February 2013

RM50,000 kepada pemberi maklumat kematian gajah

 *KEADAAN dua daripada 14 ekor bangkai gajah yang ditemui mati di hutan simpan Gunung Rara di Tawau, Sabah baru-baru ini.

KOTA KINABALU, RABU, 06 Februari, 2013: Ganjaran sebanyak RM50,000 bakal menjadi milik mana-mana individu yang tampil memberikan maklumat sehingga tertangkapnya pihak yang bertanggungjawab dalam kes kematian 14 ekor gajah Pygmy Borneo di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau, dekat sini baru-baru ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, kerajaan negeri menyediakan ganjaran RM40,000 manakala RM10,000 lagi adalah daripada Persatuan Ejen Pelancongan Malaysia (Matta).

"Begitupun, kita perlu menunggu laporan kimia terlebih dahulu sekiranya gajah berkenaan benar-benar diracun. Namun, pemberian ganjaran ini bukan bermakna kita mengatakan haiwan ini diracun,'' katanya ketika ditemui pemberita, di sini semalam.

Jelas Masidi, terdapat peruntukan dalam Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHS) yang membenarkan penawaran ganjaran itu.

Mengulas mengenai perkembangan terkini berhubung laporan kimia yang sedang dijalankan oleh Jabatan Kimia di Putrajaya, Kuala Lumpur, beliau memberitahu ia dijangka diperolehi selewat-lewatnya Jumaat ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment