My Add

Wednesday 20 February 2013

Kesal tuduhan MB Kedah

ALOR SETAR, SELASA, 19 Februari, 2013: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak sepatutnya membuat tuduhan melulu tanpa mendengar rintihan kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang mendakwa dianiaya dan dinafikan kebajikan mereka.

Seorang pensyarah Kuin, Mohd. Farid Alias berkata, seluruh kakitangan kolej universiti itu kesal atas dakwaan Azizan bahawa mereka yang memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja sebagai ejen UMNO, sedangkan beliau tidak mempunyai sebarang bukti kukuh tentangnya.

Katanya, sebagai seorang Menteri Besar dan Pengerusi Lembaga Pengarah Kuin, Azizan sepatutnya bersikap terbuka dengan menubuhkan satu jawatankuasa siasatan untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi kakitangan institusi itu.

"Sebagai seorang yang berkuasa di negeri ini, Menteri Besar hendaklah bersikap adil bagi memastikan pentadbiran yang berslogan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua dilaksanakan secara menyeluruh supaya tiada rakyat teraniaya disebabkan kerajaan negeri terlepas pandang," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment