![]() |
*SEBAHAGIAN daripada penduduk yang menyertai Demonstrasi Membantah Lim Guan Eng: Isu Kalimah Allah di pekarangan Masjid Sungai Kob Karangan, Padang Serai, Kedah semalam. - UTUSAN/ABD. RAZAK OSMAN |
PADANG SERAI, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Bantahan ahli dan penyokong Pas terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semakin meningkat apabila sekumpulan mereka mengadakan perhimpunan menuntut pemimpin DAP itu memohon maaf kerana membangkitkan isu kalimah Allah untuk digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.
Kumpulan yang disertai lebih 14 orang dari Mahang, Badang, Karangan, Labu Besar dan Taman Selasih hari ini berkumpul secara aman bagi mendesak Guan Eng meminta maaf kepada Majlis Syura Ulama Pas dan umat Islam di negara ini berhubung perkara itu.
Seorang ahli Pas Cawangan Labu Besar, Abdul Manaf Saidin, 46, menggesa Guan Eng supaya tidak bersikap biadap kepada umat Islam dalam isu tersebut. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment