My Add

Saturday 2 February 2013

Pas perlukan Nasharudin demi kelangsungan kepimpinan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Pas memerlukan Nasharudin Mat Isa demi kelangsungan kepimpinan ulama di dalam parti tersebut, sekali gus membawa kembali perjuangan asal Pas iaitu memartabatkan agama Islam.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, Majlis Syura Ulama Pas perlu mengkaji semula keputusan pemecatan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas itu kerana penyingkiran Nasharudin boleh memberi implikasi kepada kepimpinan ulama dalam parti itu pada masa hadapan.

"Kepimpinan era ulama dalam Pas kini semakin dimakan usia dan jelas masa depan parti itu turut akan kabur tanpa kepimpinan ulama baharu seperti Nasharudin.

"Melihat kepada konteks perjuangan, Pas memerlukan individu seperti Nasharudin, sehubungan itu wajarlah jalan penyelesaian lain dicari termasuk mengkaji semula pemecatannya dan memberikan peluang kepadanya untuk membela diri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment