My Add

Monday 4 February 2013

Lagi penyokong Pas berhimpun bantah DAP

Oleh ISWAN SHAFIQ


 *SEKUMPULAN ahli dan penyokong Pas mengadakan demonstrasi aman membantah pakatan pembangkang khususnya Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Lim Guan Eng yang mempersoalkan keputusan Majlis Syura Pas berhubung isu kalimah Allah di hadapan Masjid Tengku Tengah Zahrah, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 04 Februari, 2013: Ahli-ahli dan para penyokong Pas terus menunjukkan protes mereka berhubung pendirian pakatan pembangkang mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Terbaharu di sini hari ini, sekumpulan penyokong Pas mengadakan bantahan aman menyelar sikap pemimpin DAP yang terus-terusan tidak menghormati keputusan Majlis Syura Pas tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

Pada masa yang sama, mereka mengingatkan pemimpin Pas agar berterus-terang dan tidak terus tunduk berhubung isu penggunaan kalimah Allah sehingga mengadai maruah umat Islam dan agama.

Wakil kumpulan itu, Zamri Yaakob berkata, mereka terpanggil untuk berhimpun selepas menyaksikan terlalu banyak percanggahan pendirian dalam pakatan pembangkang berhubung isu-isu agama Islam dan yang menyentuh akidah.

Justeru beliau yang telah menyokong Pas hampir 20 tahun itu berkata, pihaknya ingin tahu pendirian sebenar pakatan pembangkang sekarang berhubung isu itu.

"Kami juga ingin tahu apa hukumnya dalam Islam jika kami membantu DAP dalam

Pilihan Raya Umum (PRU-13) nanti," katanya kepada pemberita semasa berhimpun di pekarangan tempat letak kereta Masjid Tengku Tengah Zaharah di sini.

Himpunan yang turut disertai kira-kira 20 penyokong Pas itu sebahagian daripada siri jelajah kumpulan itu bagi menyatakan bantahan terhadap pengerusi DAP, Karpal Singh dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang membangkitkan isu berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment