My Add

Sunday 24 February 2013

LITRAK nafi dakwaan longkang selenggaranya punca banjir kilat di Puchong

KUALA LUMPUR, SABTU, 23 Februari, 2013: Lingkaran Trans Kota Holding Bhd (LITRAK) hari ini menjelaskan punca banjir kilat teruk di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) Isnin lepas bukan disebabkan saluran longkang bawah tanah selenggaraan mereka.

Ketua Pegawai Operasinya, Richard Lim Kim Ong berkata, daripada saluran sepanjang dua kilometer itu, hanya 45 meter daripadanya diselenggara Litrak dan mereka sentiasa memastikan ia diselenggara dengan efisien.

"Hampir 14 tahun kami menyediakan kemudahan lebuh raya yang baik kepada pengguna dan ini merupakan kejadian pertama yang terburuk dalam sejarah kami sebagai pengendali.

"Pelbagai kajian terperinci telah dijalankan dan banjir kilat berlaku mungkin disebabkan saluran yang dibina di bawah kawasan pembinaan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) itu bengkang-bengkok dan menghalang limpahan air," katanya selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada 20 kanak-kanak dari sebuah rumah kebajikan di sini.

Beliau tidak menafikan hujan lebat 68 milimeter itu dianggap luar biasa menyebabkan limpahan air deras sehingga longkang berkenaan dinaiki air dengan mendadak.

Lim berkata, sehari sebelum kejadian, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan secara berjadual untuk longkang selenggaraan mereka. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment