Lebih 1,000 rumah mampu milik dibina di Labuan
LABUAN, SABTU, 23 Februari, 2013: Lebih 1,000 rumah mampu milik akan dibina di Kampung Ganggarak di sini untuk keperluan penduduk Labuan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata rumah mampu milik itu akan dibina di kawasan seluas hampir 17 hektar.
"Tindakan segera diambil Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bagi membina rumah mampu milik di sini, hasil janji saya kepada penduduk Labuan pada Oktober tahun lalu," katanya pada majlis pecah tanah tapak perumahan berkenaan sebentar tadi. - BH
No comments:
Post a Comment