My Add

Friday 8 February 2013

Maju Holdings diperintah bayar RM1.13 juta

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, KHAMIS, 07 Februari, 2013: Mahkamah Perusahaan memerintahkan Maju Holdings Sdn. Bhd. membayar pampasan berjumlah lebih RM1.13 juta kepada bekas Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Mohamad Rizal Abdullah yang dipecat, hampir lapan tahun lalu.

Pengerusi Mahkamah Perusahaan, Ong Geok Lan membenarkan tuntutan Mohamad Rizal selepas berpuas hati bahawa pemecatan serta-merta melalui surat bertarikh 11 Januari 2006, dibuat secara tidak adil dan tanpa alasan yang munasabah.

Syarikat itu diperintah membayar sejumlah RM1,137,840 tersebut dalam tempoh 40 hari dari tarikh keputusan mahkamah iaitu pada 30 Januari lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment