My Add

Friday 8 February 2013

Yazid Sufaat antara ditahan di bawah akta keselamatan

 YAZID SUFAAT
 KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Februari, 2013: Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat bersama seorang lelaki dan wanita ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, iaitu akta baharu yang menggantikan ISA.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan perkara itu berkata, mereka yang ditahan semalam disyaki terlibat dalam kerja-kerja merekrut rakyat tempatan sebelum dihantar ke luar negara bagi menjalankan misi militan.

“Ketiga-tiga mereka yang berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun itu disyaki menjadi dalang utama dalam merekrut beberapa rakyat Malaysia bagi tujuan aktiviti keganasan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Yazid merupakan bekas tahanan ISA pada 2001 sebelum dibebaskan tujuh tahun kemudian.

KDN sahkan tiga ditahan di bawah akta keselamatan

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri hari ini mengesahkan penahanan tiga rakyat tempatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ketiga-tiga individu tersebut ditangkap dalam satu operasi di Selangor dipercayai terlibat dengan kegiatan militan dan keganasan di dalam dan luar negara.

"Tetapi butiran ini masih begitu sensitif untuk saya umumkan. Kalau sekiranya pihak polis hendak maklumkan lebih daripada apa saya hendak umumkan ini, itu terserah kepada pihak polis," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), di sini hari ini. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment