My Add

Tuesday 19 February 2013

Malaysia tunjuk usaha tinggi banteras pemerdagangan manusia

KOTA BHARU, SELASA, 19 Februari, 2013: Kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunjukkan usaha yang tinggi untuk membanteras jenayah pemerdagangan manusia di negara ini.

Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Datuk Paul W. Jones berkata, bagaimanapun usaha tersebut tidak akan memberikan kesan yang ketara sekiranya tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai jenayah itu masih rendah.

Beliau berkata, orang ramai harus memahami mengenai asas jenayah tersebut dan bersama-sama dengan kerajaan untuk mengatasinya.

"Paling penting ialah orang ramai memahami fundamental bagaimana jenayah ini berlaku dan kemudian penekanan dibuat oleh kerajaan, gabungan kedua ini akan memberi hasil yang terbaik dan dunia keseluruhannya harus melindungi mangsa jenayah ini.

"Kita melihat negara di rantau ini ada di antaranya bertindak sebagai negara sumber, negara transit dan negara destinasi. Jadi manusia akan bergerak ke serata tempat dan akan wujud sindiket jenayah yang akan mengambil peluang ke atas mereka yang terdedah untuk dijadikan hamba dunia moden," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment