My Add

Monday 4 February 2013

Mayat penerbit Al-Jazeera tiba di Malaysia Rabu

KUALA LUMPUR, ISNIN, 04 Februari, 2013: Mayat Penerbit Bahasa Inggeris portal berita Al-Jazeera, Mendiang Claudia Theophilus yang maut akibat tertembak di pergunungan Baakleen, Lebanon, kelmarin dijangka tiba di tanah air Rabu ini.

Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata, pihak kedutaan Malaysia di Lebanon kini dalam usaha menyiapkan dokumen-dokumen berkaitan bagi membolehkan mendiang dibawa pulang secepat mungkin.

"Kes ini masih dalam siasatan pihak polis Lebanon dan pihak kedutaan Malaysia di sana sedang melakukan kerja-kerja persediaan bagi melicinkan penghantaran pulang Claudia.

"Bedah siasat dijalankan ke atas mayat mendiang hari ini, kita menanti laporan tersebut terlebih dahulu sebelum memulakan kerja-kerja penghantaran pulang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment