My Add

Monday 4 February 2013

Kementerian promosi mesej pemakanan sihat "3665"

KUALA LUMPUR, ISNIN, 04 Februari, 2013: Sempena Tahun Baharu Cina tahun ini, Kementerian Kesihatan mempromosi mesej "3665" bagi memastikan rakyat Malaysia terus mengamalkan pemakanan sihat di sebalik kemeriahan perayaan itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mesej itu mengingatkan masyarakat Cina di negara ini untuk mengambil sayur-sayuran dan bijirin dalam kuantiti yang sepatutnya selain mengurangkan pengambilan garam serta lemak.

“Mesej itu sebenarnya mengingatkan masyarakat di negara ini untuk mengambil sayur-sayuran dan bijirin dalam kuantiti yang sepatutnya selain mengurangkan pengambilan garam serta lemak.

“Kaedah 3665 harus menjadi amalan setiap orang demi menjamin kualiti kehidupan yang lebih baik," katanya pada majlis perasmian Makan Secara Sihat, Resepi Kehidupan Sihat sempena perayaan Tahun Baru Cina di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment