My Add

Thursday 7 February 2013

MB arah PBT turun padang

IPOH, RABU, 06 Februari, 2013: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir hari ini memberi kata dua kepada semua Yang Dipertua dan ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya turun padang bagi menyelesaikan lima perkara utama yang sering diadu oleh rakyat.

Beliau menegaskan, lima perkara itu ialah memastikan sampah dikutip mengikut jadual, memotong rumput, membersihkan longkang, membaiki lampu jalan yang rosak dan menampal serta menurap kembali jalan raya yang rosak.

"Saya tidak mahu ahli-ahli majlis yang hanya memegang jawatan. Kalau mereka tidak sanggup buat kerja ini turun ke bawah, mereka hendaklah melepaskan jawatan mereka.

"Saya tidak akan bertolak ansur lagi dan mereka hendaklah turun padang. Saya tahu sebahagian besar turun padang buat kerja manakala sebahagian yang lain perlu memperbaiki perkhidmatan mereka," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment