My Add

Tuesday 5 February 2013

MB, kerajaan negeri gagal batal saman: Kemenangan bagi rakyat Selangor

KUALA SELANGOR, ISNIN, 04 Februari, 2013: Kegagalan kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membatalkan saman tuntutan air percuma oleh pengguna air di mahkamah merupakan ‘kemenangan 2.0’ rakyat Selangor yang bangkit mendapatkan hak yang dijanjikan kepada mereka.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, sebelum ini rakyat Selangor menang berikutan kegagalan kerajaan negeri dan Abdul Khalid membatalkan saman sebanyak 2,020 ibu tunggal yang menuntut tunggakan elaun RM100 sebulan pada 23 Januari lalu.

“Selepas ini, kerajaan negeri dan Menteri Besar bersedialah dengan tuntutan-tuntutan lain yang saya dengar akan dibuat rakyat yang sudah tidak tahan menunggu janji-janji manifesto yang gagal ditunaikan.

“Antaranya tuntutan warga emas yang dijanjikan caruman takaful RM2,500, bantuan pelajar prasekolah sebanyak RM50 sebulan dan golongan peniaga yang dijanjikan penurunan cukai pintu premis mereka," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment