My Add

Tuesday 5 February 2013

Harun Taib sahkan Nasharudin masih kekal ahli Pas

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa masih kekal sebagai ahli Pas kerana beliau hanya dipecat daripada Majlis Syura Ulama parti itu.

Mengesahkan perkara tersebut, ahli majlis itu, Datuk Harun Taib berkata, jawatan dan kedudukan Nasharudin tidak akan terlucut secara automatik sebagai ahli biarpun disingkirkan daripada organisasi tertinggi parti itu.

Harun menjelaskan, surat pemecatan Nasharudin sedang dalam proses melalui setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh sedangkan, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sebelum ini memaklumkan surat berkenaan sudah dihantar kepada Ahli Parlimen Bachok itu tetapi tidak pasti sama ada beliau sudah menerimanya atau belum.

‘‘Beliau (Nasharuddin) masih ahli Pas. Beliau hanya dipecat sebagai anggota Majlis Syura Ulama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment