My Add

Wednesday 6 February 2013

MCKIP langkah bijak kerajaan Malaysia - Wakil kerajaan China

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA

KUANTAN, SELASA, 05 Februari, 2013: China memuji langkah kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Gebeng, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik Republik Rakyat China (CPPCC), Jia Qinglin berkata, usaha ini adalah cara terbaik untuk merapatkan lagi hubungan yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.

"Jadi, saya memuji langkah Perdana Menteri Malaysia di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan bagi merealisasikan MCKIP ini.

"Tahniah kepada kerajaan Malaysia dan syarikat dari negara ini yang sedia bekerjasama dengan syarikat dari negara kami," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian taman perindustrian itu yang disempurnakan oleh Najib di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment