My Add

Wednesday 6 February 2013

Peneroka Teloi Kanan tolak program anti kerajaan

Oleh NORLIA RAMLI

BALING, SELASA, 05 Februari, 2013: Lebih 200 peneroka Felda Teloi Kanan di sini berhimpun secara aman mendesak agar ahli-ahli Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) tidak mengadakan program atau menemui peneroka di kawasan itu.

Dalam perhimpunan itu, mereka turut mengadakan sekatan dengan kawalan di pintu masuk jalan utama ke Felda tersebut bagi menghalang kemasukan ahli-ahli Anak.

Ketua Peneroka Felda Teloi Kanan, Abu Hassan Mahmud, 62, berkata, mereka bimbang persatuan itu memecahbelahkan perpaduan di kalangan peneroka khususnya generasi pertama dan kedua.

"Kita bimbang ada pihak tertentu cuba menghasut peneroka agar menentang kerajaan dan sebarang anasir anti kerajaan tidak dibenarkan mengadakan program di sini," katanya ketika ditemui dalam perhimpunan itu di sini semalam.

Abu Hassan berkata, kehadiran pihak yang mahu menghasut peneroka tidak membawa kebaikan kerana mengganggu keharmonian masyarakat kawasan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment