My Add

Thursday 14 February 2013

 Hamas, Mesir tutup ratusan terowong di Gaz

GAZA CITY, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Pentadbiran Hamas di Gaza menutup ratusan terowong di sepanjang sempadan dengan Mesir selepas bagi tujuan keselamatan selepas ia digunakan untuk aktiviti menyeludup.

“Lebih 270 terowong berbanding kira-kira 1,200 terowong yang aktid pada 2010," kata pegawai keselamatan yang enggan namanya disiarkan.

“Kebanyakan terowong sudah diytutup kerana ia digunakan untuk menyeludup barangan yang dilarang serta memudaratkan penduduk," katanya.

Kerajaan Hamas melarang pengimportan dadah serta sebarang bahan yang boleh memudaratkan penduduk Palestin.

Satu lagi sumber dari Gaza berkata, Hamas sudah menutup hampir 900 terowong dan pengendali terowong mendakwa banyak barangan kini terkandas di sebelah sempadan Mesir.

“Pihak keselamatan Mesir mengepam air ke dalam terowong menyebabkan terowong runtuh dan terpaksa ditutup," kata Abu Samir, pemilik salah satu terowong di sempadan Gaza di Rafah. - AFP

No comments:

Post a Comment