MOHD. Yusof |
KUALA LUMPUR, AHAD.,03 Februari, 2013: Bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden diminta memberi penjelasan kepada rakyat berhubung tindakannya yang seolah-olah membenarkan pihak pembelaan melengah-lengahkan proses perbicaraan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, persoalan timbul kerana Mohd. Yusof tidak membantah permohonan penangguhan oleh peguam Anwar yang juga Pengerusi DAP, Karpal Singh pada 2 Februari 2010.
Menurut beliau, Mohd. Yusof dilihat memberi laluan mudah kepada Karpal dalam usaha mereka melengah-melengahkan proses perbicaraan.
"Sekiranya Mohd. Yusof membantah dengan tegas, pasti hakim memberi perhatian sewajarnya dan menolak permohonan penangguhan yang dibuat sebanyak 66 kali," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment