My Add

Monday, 4 February 2013

Tujuh pelajar swasta warga Afrika termasuk paderi ditahan

KUALA LUMPUR, AHAD, 03 Februari, 2013: Tujuh pelajar kolej swasta warga Afrika ditahan kerana menyalahgunakan pas pelajar untuk menjalankan aktiviti keagamaan termasuk menjadi paderi dalam serbuan di sebuah rumah kedai yang disewa khas untuk dijadikan gereja di Jalan Menara Gading 1, Taman Connaught, Cheras di sini hari ini.

Ketika serbuan dilakukan sepasukan 17 anggota dan pegawai Imigresen pada pukul 12.30 tengah hari itu, lebih 30 warga Afrika serta dua wanita tempatan sedang khusyuk mendengar syarahan daripada paderi dari Nigeria yang berusia 38 tahun tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, hasil soal siasat yang dijalankan, paderi berkenaan telah menyewa premis terbabit dan menjadikannya seperti sebuah gereja.

"Dia dipercayai menjalankan aktiviti itu sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun, mereka tidak meletakkan sebarang papan tanda, mungkin untuk mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment