My Add

Tuesday 26 February 2013

Mubarak Selangor ikrar sokong calon BN pada PRU-13

KLANG, SELASA, 26 Februari, 2013: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor akan menyokong dan membantu calon Barisan Nasional (BN) negeri untuk memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Yang Dipertua Mubarak Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, usaha itu akan dijalankan menerusi Majlis Permuafakatan Parlimen dan Pemudahcara di semua 22 kawasan Parlimen dan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang telah dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Mubarak Selangor yakin dan percaya bahawa dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, salah satu KPI PRU Ke-13 yang ditetapkan Najib akan kita capai iaitu bagi BN merampas semula negeri Selangor dari pembangkang dan menubuhkan kerajaan di Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Mubarak Selangor ke-10 oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah di sini, malam tadi.

Pada majlis itu, Ahmad Husni turut melancarkan Direktori Bekas Wakil-wakil Rakyat Selangor yang diilhamkan Mubarak Selangor yang merekodkan senarai semua bekas wakil rakyat dari kawasan Parlimen dan DUN dari 1955 hingga 2008.

Direktori itu yang turut mengandungi nama bekas Menteri dan Menteri Besar Selangor yang telah berkhidmat selepas merdeka bertujuan menghargai jasa dan sumbangan mereka serta dijadikan rujukan dan teladan kepada generasi muda. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment