My Add

Tuesday 26 February 2013

Tunjuk perasaan selepas pengebumian Jaradat

TEL AVIV, SELASA, 26 Februari, 2013: Penduduk Palestin bertempur dengan pasukan tentera Israel selepas upacara pengebumian tahanan Arafat Jaradat berlangsung di bandar Hebron, Tebing Barat semalam.

Beribu-ribu warga Palestin menghadiri upacara pengebumian Jaradat yang dipercayai mati akibat didera ketika berada dalam tahanan di sebuah penjara di Israel pada Sabtu lalu.

Jurucakap ketenteraan Israel berkata, penunjuk perasaan membakar tayar dan membaling batu ke arah pasukan tentera.

Gas pemedih mata dan peluru getah digunakan untuk menyuraikan situasi tegang tersebut. - DPA/UTUSAN

No comments:

Post a Comment